Pada kelas Melayu hari ini, Cikgu Manaf telah mengajari kami tentang suatu aspek daripada kesenian Melayu iaitu seni persembahan. Kelas dimulakan dengan bahagian theori. Kami diterangkan akan pelbagai macam bidang seni persembahan tetapi kami lebih mendalami bidang tarian pada hari ini. Saya mempelajari akan apa itu maknanya rentak dan gurindam dan saya juga mendengarkan pelbagai macam lagu yang menunjukkan pelbagai emosi. Kami diberitahu dari mana asalnya sesebuah cara tarian. Contohnya adalah tarian Mak Inang dan Joget.
Selepas itu, kami memulakan pula bahagian praktikal di mana kami diajar cara-cara asas untuk menari tarian Melayu. Banyak yang kelihatan kekok tetapi saya tidak mengalami sebarang masalah kerana saya adalah seorang murid tarian. Pada masa saya mula-mula menceburi bidang tarian, saya merasakan ianya agak sukar untuk menari kerana saya harus tahu untuk mengikut rentak lagu tetapi, selepas kian lama, ianya bukanlah sesuatu yang begitu susah. Bak kata pepatah, 'Alah bisa, tegal biasa'.
Hari ini adalah kali pertama saya menghadiri kelas berjoget diadakan semasa waktu kelas Melayu. Pada mulanya saya tidak begitu suka pada idea itu kerana ianya kelihatan agak ganjil untuk menari semasa kelas Melayu. Namun, saya dibuktikan salah kerana kelas pada hari ini amat menyeronokkan dan lain daripada kelas-kelas yang biasa saya hadiri pada hari-hari tertentu. Kelas ini, dengan bidang teorinya, tidak membosankan dan saya diberi peluang untuk mencubanya sendiri.
Monday, January 7, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)